fbpx

Yang Dipertua Dewan Rakyat tentukan kedudukan 6 MP Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

PETALING JAYA – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan memutuskan kedudukan enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah terhenti keahlian parti serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara seperti itu perlu dirujuk kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Soal enam kerusi (Ahli Parlimen) Bersatu itu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat. Biar Speaker yang putuskan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan makan tengah hari di Medan Selera Petaling Jaya sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz.

Beliau tiba di pekarangan Medan Selera Petaling Jaya kira-kira pukul 12.50 tengah hari dan menikmati makanan di gerai Zainul Nasi Kandar Original.

Semalam Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memaklumkan notis pemakluman kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang terhenti keahliannya secara serta-merta telah diserah dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ia membabitkan kerusi Parlimen Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Bukit Gantang dan Kuala Kangsar (Perak), Tanjong Karang (Selangor) dan Labuan (Wilayah Persekutuan) yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI