fbpx

Virgoun ditahan polis kes dadah pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIRGOUN dilaporkan ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.

SELEPAS terpalit isu perceraian dengan bekas isteri, Inara Rusli, penyanyi sensasi Indonesia, Virgoun sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila dilaporkan ditahan pihak berkuasa di Indonesia atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah semalam.

Memetik laporan portal berita, Kompas, penahanan penyanyi itu disahkan sendiri oleh wakil Polis Metro Jakarta Barat, M Syahduddi.

Bagaimanapun, Syahduddi enggan memperincikan tentang maklumat penangkapan Virgoun dan barang bukti disita pihak polis dan siasatan masih dijalankan.

“Benar, Virgoun ditangkap kerana terkait dalam kes dadah.

“Kes masih lagi disiasat dan kami tidak boleh memaklumkan tentang kronologi kes tersebut,” katanya.

Sebelum ini, nama pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu meledak selepas didakwa curang dengan melanggan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks di belakang isterinya.

Virgoun juga dikatakan pernah menulis surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatannya itu namun, tetap ingkar dan berlaku curang.

Pasangan itu yang berkahwin pada 2014 dilaporkan sah bercerai pada November 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI