fbpx

Untung bersih Scientex naik 18.9 peratus kepada RM130.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu pejabat Scientex di Shah Alam.

PETALING JAYA – Scientex Berhad (Scientex), pengeluar pembungkusan global dan pemaju hartanah merekodkan untung bersih RM130.5 juta pada suku tahun ketiga berakhir 30 April 2024, 18.9 peratus lebih tinggi berbanding RM109.8 juta yang direkodkan suku sama tahun lalu.

Hasil naik 11.1 peratus kepada RM1.1 bilion, diterajui bahagian hartanah yang menyaksikan peningkatan hasil 24.7 peratus kepada RM451.1 juta yang dipacu perkembangan pembinaan kukuh untuk Pembangunan rumah mampu milik merentas Semenanjung.

Bahagian pembungkusan pula mencapai peningkatan hasil 3.4 peratus kepada RM656.9 juta disebabkan eksport pembungkusan industri dan pelanggan yang lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Peng Jin berkata, pihaknya mengekalkan pendekatan seimbang untuk pertumbuhan, dengan mempercepatkan pelancaran hartanah baharu untuk memenuhi permintaan sambil memperoleh tanah secara strategik untuk mengembangkan akses kepada perumahan mampu milik.

“Kami juga meningkatkan daya saing bahagian pembungkusan melalui kecemerlangan operasi, pengoptimuman kos dan pembangunan penyelesaian inovatif yang berpusatkan pelanggan, termasuk menambah portfolio pilihan pembungkusan yang mampan lestari,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, syarikat kini kekal di landasan untuk mencapai matlamat menyiapkan 50,000 rumah menjelang 2028, disokong oleh pengambilan tanah dan projek pembangunan yang mantap.

Scientex turut mengisytiharkan dividen interim sebanyak enam sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024, mewakili jumlah pembayaran RM93.1 juta kepada pemegang saham. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI