fbpx

Tidak sempat habiskan ‘game takraw’, warga asing diserbu imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing diperiksa dalam serbuan di Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan permainan sepak takraw apabila digempur imigresen dalam serbuan di kawasan rekreasi di Taman Bukit Cheras, di sini, hari ini.

Difahamkan, kawasan tersebut menjadi tarikan warga asing pada hujung minggu secara tidak langsung mendatangkan perasaan kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, tindakan tersebut diambil susulan aduan orang awam yang merasakan gusar dengan kebanjiran warga asing.

“Bertindak hasil aduan diberikan, sekitar pukul 6.30 petang, tujuh lelaki warga Myanmar berusia 24 hingga 32 tahun diperiksa.

“Operasi berjalan lancar dan kesemua mereka dibawa ke kompleks Imigresen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan semakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Wan Mohammed Saupee memaklumkan pihaknya turut menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi serbuan dua premis menawarkan khidmat urut di sekitar Cheras, di sini.

“Antara wanita yang ditahan melibatkan sembilan warga negara Thailand, China (2) Indonesia (4) manakala tiga lelaki yang ditahan merupakan warga Indonesia, semua mereka berusia antara 24 hingga 45 tahun.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka melakukan kesalahan salah guna pas kerja dan tiada dokumen perjalanan,” katanya.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan dibawa ke Kompleks Imigresen Kuala Lumpur bagi urusan dokumentasi serta pemer.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI