fbpx

Seorang maut, seorang cedera kereta dinaiki terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta yang kemalangan menyebabkan seorang maut di Kampung Acheh, Sitiawan, Perak, subuh tadi. - Foto JBPM PERAK

LUMUT – Seorang maut manakala seorang lagi cedera apabila kereta dinaiki empat lelaki terbabas di Jalan Seri Manjung – Pantai Remis, di Kampung Acheh, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.33 pagi itu, lelaki berusia 24 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badannya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.34 pagi dan sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Sebaik tiba, didapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga FLX dan terdapat empat mangsa yang mana seorang daripadanya telah tersepit.

“Kesemua mangsa adalah lelaki di mana seorang mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa berusia 27 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya lagi, dua lagi mangsa berusia 20an tidak mengalami kecederaan dan telah meninggalkan lokasi kemalangan tersebut.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 6.22 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI