fbpx

Sekali lafaz, Redza Rosli kini milik Bella Hanna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DENGAN sekali lafaz, Redza kini sah menjadi suami kepada Bella di Cheras hari ini. Foto oleh FIRDAUS JOHARI

KUALA LUMPUR — Dengan sekali lafaz, pelakon Redza Rosli akhirnya sah bergelar suami kepada wanita pilihan Bella Hanna pada pukul 4.05 petang dalam sebuah majlis di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur.

Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Rosman Abdullah di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Qaryah Masjid Taman Rakan Cheras, Ustaz Mohamad Mustakim Sarmuji.

Majlis yang berlangsung sederhana itu menyaksikan Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, pasangan sama cantik sama padan itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Dalam majlis yang bertemakan serba putih itu, Redza kelihatan kacak mengenakan persalinan warna suci sekali gus menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis akad nikah dihadiri 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua pengantin termasuk rakan selebriti untuk meraikan kedua mempelai.

Antara rakan selebriti yang turut hadir seperti Datin Intan Najuwa, Sweet Qismina, Erysha Emyra dan Zamarul Hisham.

Lebih menarik, dulang hantaran dibawa rakan artis antaranya pelakon Adam Lee bagi pihak pengantin lelaki dan aktres Datin Elvina bagi pengantin perempuan.

Untuk rekod, Redza sebelum ini pernah bergandingan dengan wanita pilihannya itu menerusi drama bersiri Luruhnya Bunga Cinta — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI