fbpx

Saya teliti dulu – Speaker DUN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lau Weng San

SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan meneliti notis kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang yang diserahkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Speaker DUN negeri, Lau Weng San bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Saya perlu meneliti dokumen (notis kekosongan itu) terlebih dahulu.

“Pada masa ini, saya tidak mahu memberi apa-apa kenyataan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Bersatu Selangor menerusi Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan notis berkenaan kepada Weng San, kira-kira pukul 3 petang.

Mohamed Azmin yang juga Ketua Pembangkang negeri menegaskan notis melibatkan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari itu dibuat mengikut Perkara LXVA Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Pada 2 Jun lalu, Abdul Rashid dan enam Ahli Parlimen Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Zahari Kechik (Jeli); Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Abdul Rashid sebelum ini menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.

Semalam, Bersatu turut menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI