fbpx

Remaja ditidurkan, parah rempuh lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa selepas merempuh seekor lembu jantan di Masjid Tanah, Melaka.

ALOR GAJAH – Seorang remaja parah selepas motosikal yang dia tunggang merempuh seekor lembu di Jalan Lendu Rakan Muda, Masjid Tanah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, mangsa, Adam Hazriq Yatim, 16, mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di zon merah Hospital Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, maklumat awal diterima oleh pusat kawalan daerah Alor Gajah pada pukul 8.50 malam berkenaan kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang telah melanggar haiwan.

“Bertindak atas maklumat, pegawai penyiasat telah ke lokasi dan mendapati nahas berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis VE1-R dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menghala ke Masjid Tanah.

“Setiba di lokasi mangsa telah melanggar seekor lembu dan mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujarnya, tiada rakaman televisyen litar tertutup di lokasi kejadian dan saksi bebas yang tampil membuat keterangan pada pihak polis.

“Kita sedang berusaha mengesan saksi yang melihat kejadian. Pegawai penyiasat telah ke Hospital Alor Gajah untuk melihat keadaan mangsa dan kini dia sedang ditidurkan di zon merah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI