fbpx

Pokok nangka berbuah lebat dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pohon nangka yang tumbuh di sebuah rumah di Indonesia. - TikTok @ardiners1

JAKARTA  –  Sebuah video klip tular di media sosial di Indonesia memaparkan sebatang pohon nangka yang tumbuh di dalam rumah sehingga menembusi bumbungnya, lapor akhbar Detiknews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @ardiners1, pokok nangka itu tumbuh di bahagian ruang tamu dan berbuah lebat. 

“Asalnya, pohon ini tidak tumbuh di dalam rumah. Pokok nangka ini dimasukkan ke dalam rumah, setiap tahun ia berbuah. Kenapa buahnya kecil? Kerana buah nangka ini tidak terkena sinar matahari,” kata pemilik akaun TikTok tersebut yang dikenali sebagai Ardiansyah.

Selain nangka, keluarga Ardiansyah juga memiliki pokok mangga yang tumbuh di dalam salah satu bilik di rumah tersebut.

Lebih mengejutkan apabila bapa Ardiansyah turut menanam pokok kelapa di dalam rumah itu. Ketinggiannya kini mencecah 180 sentimeter. 

Rakaman ini tular di media sosial dan meraih 14 juta tontonan bersama 3,000  komen. 

“Tidak boleh tanam pohon nangka di dalam rumah, di depan rumah pun tak dibenarkan. Ada penunggu,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Takut akarnya jadi semakin besar dan lantai rumah hancur,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI