fbpx

Penggunaan pengangkutan awam Prasarana dalam kalangan OKU meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siri Jelajah Pengenalan Pas Perjalanan Percuma OKU Smile bersama Pelajar Program Pendidikan Khas (PKPI) SMK Bandar Tasik Selatan.

PETALING JAYA – Pengendali rangkaian pengangkutan awam rel dan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mencatatkan peningkatan penggunaan harian sebanyak 49 peratus dalam kalangan warga orang kelainan upaya (OKU) sejak Februari lalu.

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, pengenalan Pas Perjalanan Percuma OKU Smile pada Februari 2024 secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan tersebut.

“Pada bulan Mei 2024, perkhidmatan Rapid Rail dan Rapid Bus telah mencatat sebanyak 233,915 jumlah penggunaan di kalangan warga OKU dan inisiatif Pas OKU Smile telah menerima sambutan menggalakkan dengan lebih daripada 6,000 pendaftaran setakat ini.

“Bagi memudahkan proses pendaftaran, Prasarana mengadakan beberapa siri jelajah untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan komuniti OKU.

“Sebanyak lima siri jelajah telah berjaya disempurnakan termasuk di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Bandar Tasik Selatan dan Kampus UiTM Shah Alam,” katanya.

Tambah kenyataan itu, seramai 490 orang telah berjaya didaftarkan hasil daripada siri jelajah tersebut dan selebihnya daripada pengaktifan Pas OKU Smile di kaunter perkhidmatan rel dan hab bas terpilih.

Bagi memastikan golongan OKU sentiasa diberi perkhidmatan yang terbaik, kakitangan barisan hadapan Prasarana menerima latihan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyantuni golongan tersebut.

Stesen-stesen dan hab-hab bas terpilih juga dilengkapi dengan fasiliti mesra OKU seperti kemudahan lif, tanjakan, laluan bercorak timbul dan tandas OKU. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI