fbpx

Penggunaan harian OKU meningkat 49 peratus – Prasarana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melaporkan peningkatan penggunaan harian komuniti orang kurang upaya (OKU) sebanyak 49 peratus sejak Februari lalu.

Prasarana menerusi kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan tersebut juga mencatatkan sebanyak 233,915 penggunaan daripada golongan berkenaan pada Mei.

Menurut Prasarana, pengenalan pas perjalanan percuma OKU Smile pada Februari lalu, telah menyumbang kepada peningkatan tersebut.

“Setakat hari ini kami terima lebih daripada 6,000 pendaftaran pas OKU Smile.

“Prasarana telah adakan beberapa siri jelajah untuk tingkatkan kesedaran serta menggalak penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan komuniti OKU,” kata kenyataan itu.

Selain itu, sebanyak lima siri jelajah telah disempurnakan termasuk Hospital Al- Sultan Abdullah, Persatuan Orang Buta Malaysia, Persekutuan Orang Pekak Malaysia, dan Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan.

“Siri jelajah terakhir untuk tahun ini telah diadakan di kampus UiTM Shah Alam. Seramai 409 orang berjaya didaftarkan hasil daripada siri jelajah tersebut,” tambah kenyataan sama.

Stesen-stesen rel dan hab-hab bas Prasarana dilengkapi fasiliti seperti kemudahan lif, tanjakan, laluan bercorak timbul dan tandas untuk golongan OKU.

Selain itu, ruangan khas juga disediakan khusus untuk pengguna berkerusi roda selain tempat duduk keutamaan tersedia bagi keselesaan mereka yang memerlukan seperti wanita mengandung dan warga emas, selain OKU.

Inisiatif pas OKU Smile adalah susulan daripada pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pada Disember lalu mengenai inisiatif tambang percuma untuk komuniti OKU. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI