SINGAPURA – Seorang gadis didakwa menemui najis manusia di dalam sebuah gerabak tren Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura, lapor portal berita MSNews semalam.
Dia menemui najis di atas lantai gerabak itu ketika LRT bergerak dari stesen Maxwell ke Orchard, Rabu lalu.
Gadis berusia 27 tahun itu berkongsi penemuannya di platform laman sosial tempatan.
Penemuan itu mencetuskan kekecohan di media social.
Gadis menggunakan nama Payton Pangleton di media sosial itu berkata, najis itu tidak berbau ‘segar’ sekali gus dan memberi gambaran bahawa ia sudah lama berada di lantai.
Akaun media sosial popular, @sgfollowsall turut menyiarkan semula gambar tersebut di akaun Instagramnya. – AGENSI