fbpx

Pelanggan jumpa bangkai tikus dalam kuah tosai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI tikus ditemui dalam hidangan makanan di sebuah restoran di Ahmedabad. - Foto India Today

NEW DELHI –  Sebuah restoran di bandar  Ahmedabad, India ditutup selepas sepasang suami isteri mendakwa  menemui bangkai tikus di dalam makanan yang dihidangkan, lapor portal berita India Today hari ini. 

Avinash yang merupakan penduduk Ahmedabad mendakwa bahawa dia menemui bangkai haiwan pengotor itu sebelum hidangan tosai mereka tiba semalam.

Dia datang ke restoran tersebut bersama isterinya.

Kuah itu dihidangkan kepada mereka sebelum pesanan tosai  tiba. 

Avinash kemudian terkejut apabila menemui bangkai tikus dalam makanannya.

Lelaki itu memaklumkan kepada kakitangan restoran dan melaporkannya kepada pihak berkuasa perbandaran di Ahmedabad. 

Restoran itu kemudian telah ditutup atas arahan pihak berkuasa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI