fbpx

Pekerja asing tertimbus bawah runtuhan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi tapak projek membabitkan insiden seorang lelaki warganegara Bangladesh disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gemencheh, di sini, hari ini susulan tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak projek berkenaan. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

TAMPIN – Seorang lelaki warga Bangladesh disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gemencheh, di sini, hari ini susulan tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak projek di Gemencheh pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kira-kira pukul 10.50 pagi, pihaknya telah menerima makluman daripada orang awam menyatakan seorang lelaki tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak projek di Gemencheh.

Menurutnya, mangsa berusia 29 tahun itu telah diselamatkan oleh pekerja-pekerja binaan yang berada di lokasi dan telah mendapat rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Gemencheh.

“Semasa kejadian mangsa berada di dalam lubang yang baru dikorek sedalam tujuh kaki dan lebar lebih kurang lima kaki untuk kerja-kerja pemasangan paip saluran najis bagi projek perumahan tersebut.

“Tebing lubang itu tiba-tiba runtuh dan menimbus mangsa sehingga paras kepala. Mangsa dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 11.25 pagi oleh doktor dari klinik kesihatan berkenaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Amiruddien berkata, mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Tampin untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI