fbpx

PATI kerja dalam pusat beli belah dicekup imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di pusat beli belah di Taman Melati, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) membabitkan warga Bangladesh, India, Indonesia, dan Pakistan dicekup menerusi serbuan di sebuah pusat beli belah di Taman Melati, di sini, hari ini.

Dalam serbuan pukul 3 petang itu, kesemua mereka yang bekerja sebagai pembantu gerai di medan selera dan pembantu lot kedai ditahan ketika sedang mengoperasikan perniagaan itu.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, menerusi Op Selera dan Op Belanja dilakukan, pihaknya memeriksa 23 individu di premis tersebut

“Menerusi pemeriksaan dilakukan, pihak kami menahan 10 lelaki Bangladesh, seorang lelaki dan tiga wanita warga Indonesia, seorang lelaki warga India dan seorang lelaki warga Pakistan.

“Kesemua mereka ditahan berusia antara 22 tahun hingga 45 tahun disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen,” katanya.

Dalam serbuan sama, Wan Mohammed Saupee memaklumkan pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia 40-an berperanan sebagai majikan yang menggajikan PATI.

“Dua lelaki warga tempatan dipercayai berperanan sebagai majikan turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan soal siasat,” katanya.

Tegas beliau, pemilik-pemiik premis dan majikan diingatkan supaya tidak menggajikan PATI atau warga asing yang tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melindungi pendatang tanpa izin atau membenarkan, memasuki dan berada di dalam premis tanpa dokumen yang sah,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI