fbpx

Orang Asli disaran tanam durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD (baju merah) berbual dengan masyarakat Orang Asli ketika melawat Kampung Sungai Raba, dekat Gerik, Perak hari ini.

GERIK – Kerajaan mahu masyarakat Orang Asli terlibat sama dalam aktiviti penanaman durian berskala besar agar mereka tidak terpinggir daripada menjana pendapatan hasil tanaman buah tersebut.

Ia berikutan pemeteraian perjanjian eksport durian segar Malaysia ke China baru-baru ini, yang dilihat mampu menjamin pulangan besar kepada negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, nilai kemasyarakatan Orang Asli di sesebuah kawasan membolehkan perusahaan tanaman berskala besar dapat dikendalikan di kawasan mereka.

“Saya yakin mereka mampu untuk mengendalikannya dengan sokongan daripada Pusat dan negeri. Sudah tentu mereka perlu bantuan modal dan sebagainya,” katanya semasa mengadakan lawatan ke kawasan Orang Asli Kampung Sungai Raba dekat sini hari ini.

Mohamad kemudian menggesa semua pengusaha durian tempatan khususnya bumiputera agar memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar supaya boleh dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun akan datang.

Mohamad berkata, beliau mendapati aktiviti pertanian serta penternakan masih dalam bentuk kecil-kecilan dan melihat potensi untuk dikembangkan terutama dengan keluasan tanah yang ada.

“Saya nampak masa depan di kawasan pendalaman ini, selain tanaman yang sedia ada, kena tambah satu lagi yang perlu diusahakan iaitu tanaman durian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI