fbpx

NASA cipta bintang tiruan di angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan bintang di angkasa lepas. - Foto Getty Images

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang untuk menghantar sebutir bintang tiruan ke angkasa lepas, lapor portal berita Daily Star semalam.

Saiz bintang yang akan dicipta itu adalah sebesar sebuah ketuhar gelombang mikro.

Misi melibatkan kos sebanyak AS$19.5 juta (RM91.94 juta) itu akan membantu saintis  mengetahui dengan lebih mendalam tentang angkasa lepas dan alam semesta.

Dinamakan Misi Angkasa Landolt, bintang palsu itu akan diletakkan di orbit pada kedudukan  35,785 kilometer dari Bumi.

Kelajuan orbit  bintang itu akan sepadan dengan kelajuan putaran Bumi, bermakna ia akan muncul di tempat sama di langit malam.

Tembakan laser akan dilakukan pada teleskop yang dikawal oleh ahli astronomi, memberikan mereka kawalan sepenuhnya ke atas jumlah cahaya yang dipancarkan.

Matlamat misi itu adalah untuk membantu ahli-ahli  astronomi mengukur cahaya yang dipancarkan daripada bintang dengan ketepatan sehingga 10 kali ganda.

Operasi itu  pertama seumpamanya itu akan dilancarkan pada 2029. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI