fbpx

Mohd Na’im bantu jemaah haji terpisah kumpulan laksana tawaf, saie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im (kiri) membantu dua jemaah haji Malaysia melaksanakan tawaf dan saie selepas terpisah daripada kumpulan.

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar membantu dua jemaah haji Malaysia yang terpisah daripada kumpulan untuk menyelesaikan tawaf dan saie.

Menurut Mohd. Na’im, dua jemaah tersebut meminta bantuan beliau dan isterinya, Datin Nik Roslini Raja Ismail yang ketika itu hendak melaksanakan tawaf wada di Masjidil Haram, Mekah.

“Alhamdulillah saya telah dimaklumkan kedua-kedua jemaah tersebut selamat kembali ke maktab mereka dengan bantuan petugas haji.

“Apabila berada di Mekah dan Madinah, kita semua amat memahami akan kebimbangan apabila ahli keluarga kita khususnya ibu bapa yang sudah berusia, terpisah daripada pergerakan kumpulan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, Mohd Na’im mendoakan semoga kedua-dua jemaah haji tersebut dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur serta diterima sebagai amal soleh.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Mohd. Nai’m berangkat ke Arab Saudi bagi mengadakan lawatan kerja termasuk mengerjakan ibadat haji. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI