fbpx

Lelaki curang pukul isteri direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tular membelasah isterinya selepas kantoi curang dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini Mei lalu direman empat hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Port Dickson. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

PORT DICKSON – Lelaki yang didakwa membelasah isterinya selepas kantoi curang dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini pada Mei lalu direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas membenarkan permohonan polis.

Majistret menetapkan suspek berusia 37 tahun itu direman selama empat hari bermula hari ini hingga 24 Jun ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed dilaporkan berkata, suspek yang bekerja sebagai juruteknik ditangkap di Mahkamah Syariah Bangi tengah hari semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga .

Terdahulu, polis telah mengesan satu video tular di muat naik pengguna Facebook kelmarin menyaksikan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah hotel.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI