fbpx

Kenikmatan Omega-3 bersama sardin & mackerel Ayam Brand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setin 425 gram sardin atau mackerel Ayam Brand menyediakan separuh daripada keperluan Omega-3 mingguan.

PETALING JAYA – Setiap orang dewasa dan kanak-kanak perlu mengambil dua hidangan ikan dalam seminggu untuk mendapatkan nutrien Omega-3 yang penting, memandangkan tubuh manusia tidak mampu menghasilkan Omega-3 sendiri.

Sardin, mackerel, saba dan tuna, yang tergolong dalam kumpulan ikan berlemak adalah pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan ini.

Ikan berlemak mengandungi lebih banyak Omega-3 yang boleh meningkatkan kesihatan jantung, menyokong perkembangan otak semasa kehamilan dan awal kehidupan, serta menggalakkan perkembangan otak kanak-kanak.

Dengan menambah ikan berlemak dalam diet dua kali seminggu, anda boleh menikmati manfaat besar ini.

Pilihan yang lebih bijak adalah dengan menyertakan sardin dan mackerel Ayam Brand dalam diet keluarga, yang mana setiap tin mengandungi Omega-3 yang penting untuk kesihatan seisi keluarga.

Pelbagai produk keluaran Ayam Brand membantu para ibu menyediakan hidangan berkhasiat untuk seisi keluarga.

Pilihan pintar untuk ibu bijak

Ibu yang bijak biasanya memilih produk yang melangkaui manfaat asas. Sardin dalam Sos Tomato dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand menyediakan Omega-3, protein dan kalsium yang diperlukan.

Ditangkap di lautan bersuhu sejuk, ikan-ikan ini mengandungi lebih banyak Omega-3, yang mana Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi tujuh kali lebih banyak Omega-3 berbanding sardin segar yang dimasak di rumah.

Setiap tin dengan kapasiti 425 gram sardin atau mackerel Ayam Brand menyediakan separuh daripada keperluan kandungan Omega-3 mingguan bersama protein dan kalsium.

Mudah dan cepat disediakan untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam atau snek, ini adalah pilihan bijak untuk ibu sibuk.

Hidangan masak lemak cili api mackerel mudah disediakan mengunakan produk dari Ayam Brand.

Peraduan Beli & Menang Ayam Brand

Tidak sekadar mudah disediakan dan kaya dengan nutrien, penggemar sardin dan mackerel Ayam Brand kini berpeluang memenangi hadiah menarik dengan peraduan Beli & Menang Ayam Brand.

Orang ramai hanya perlu membeli produk Ayam Brand, Duchef atau Yumeat bernilai RM20 dan hantar gambar resit pembelian melalui WhatsApp ke talian +6018-3119980.

Peserta dibenarkan menggabungkan rangkaian produk di bawah  Ayam Brand bagi menyertai peraduan ini. Patuhi arahan yang diberikan untuk berkongsi nama penuh dan nombor kad pengenalan bagi melayakkan anda memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Layari laman www.ayambrand.com.my/jombelidanmenang2024 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sandwic sardin, hidangan popular dan digemari ramai rakyat Malaysia.

Resipi menarik untuk anda

Sandwic Sardin Klasik Ayam Brand – Mudah disediakan, sesuai untuk sarapan atau minum petang. Lecek sardin dengan bawang, cili hijau dan jus limau, sapu pada roti dan siap.

Masak Lemak Cili Padi Mackerel Ayam Brand – Hidangan segera yang sihat. Masukkan pes, santan dan mackerel dalam pan, masak hingga mendidih dan siap.

Cucur Sardin Rangup – Snek rangup yang sempurna. Lenserkan sardin dengan telur dan tepung, goreng hingga keemasan.

Produk-produk Ayam Brand boleh  didapati di kedai-kedai runcit berhampiran termasuk rangkaian Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand  juga boleh didapati di laman Ayam Brand Official di Shopee dan Lazada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI