fbpx

Kebakaran hutan merebak di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN hutan merebak di wilayah Canakkale, Turkiye pada 18 Jun lalu. – GETTY

ANKARA –  Lima orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas kebakaran hutan besar memusnahkan beberapa buah kampung di rantau Kurdis, tenggara Turkiye, kata Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca hari ini

“Lima orang mati dan 44 lagi cedera, 10 daripada mereka mengalami kecederaan serius apabila kebakaran merebak ke dua buah kawasan di antara wilayah Diyarbakir dan Mardin,” kata Fahrettin di platform X.

Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, kebakaran itu bermula semalam apabila tunggul jerami yang terbakar, kira-kira 30 kilometer ke selatan Diyarbakir, merebak pantas akibat angin kuat, menyebabkan lima buah kampung terjejas.

Menurut Fahrettin pula, sebanyak tujuh pasukan kecemasan bersama 35 ambulans telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Dalam pada itu, menurut angka terkini Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah, Turkiye mengalami sebanyak 74 kebakaran hutan sepanjang tahun ini, yang memusnahkan tanah seluas 12,910 hektar. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI