fbpx

Kadang-kadang hidup boleh jadi tak adil – Chef Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEF WAN - Foto INSTAGRAM CHEF WAN

PETALING JAYA – Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengakui menerima keputusan mahkamah ekoran sudah letih berhadapan dengan isu membabitkan anak-anak dan menantunya.

Katanya, apa yang penting kini adalah kehidupan mereka sekeluarga lebih baik berbanding sebelumnya.

“Ia meletihkan! Kadang-kadang hidup boleh jadi tidak adil untuk bapa mentua yang hanya mahu menegakkan kebenaran.

“Perkara baik ialah kami akhirnya berjaya menyingkirkan dia dalam hidup dan anak perempuan saya kini mempunyai kehidupan yang lebih bahagia. Alhamdulillah,” katanya di Instagramnya, hari ini.

Jelas beliau, mengelakkan ‘drama’ dan orang yang tidak bertanggungjawab dalam hidup adalah lebih penting berbanding wang.

“Esok ada rezeki kita kerja dapatlah balik (wang).

“Andai di akhirat nanti persoalan itu akan dijawab dengan Allah, jika saya masih orang terakhir yang bercakap benar, saya tetap akan lakukan perkara sama.

“Dengan keputusan ini saya sebenarnya gembira kerana saya boleh mula meneruskan hidup,” ujarnya.

Dalam masa sama, Chef Wan turut berharap supaya kisahnya itu menjadi pengajaran kepada semua lelaki.

“Biarkan kisah saya jadi pengajaran kepada semua lelaki yang ingin menjadi suami serta bapa kepada anak-anak mereka tentang tanggungjawab dan kesetiaan kepada isteri anda!

“Akibat drama anak-anak dan menantu, akhirnya bapa mentua juga yang tersepit dan terpaksa tanggung ini semua.

“Tidakkah anda fikir sejarah hidup saya yang sebenar boleh dibuat filem yang begitu hebat? Balik modal dan box office lagi!,” selorohnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Chef selebriti diperintah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, semalam, membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh, berhubung penerbitan berunsur fitnah di platform media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI