fbpx

Jumpa 50 mayat dalam masa 48 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berehat dan berlindung daripada cuaca panas yang melanda di New Delhi. - AFP

NEW DELHI  –  Kira-kira 50 mayat penduduk miskin dan kurang berkemampuan ditemui di sekitar kota raya New Delhi dalam tempoh 48 jam, kata polis seperti laporan akhbar Hindustan Times semalam. 

Mereka disyaki meninggal dunia akibat gelombang haba sekali gus meningkatkan jumlah korban strok haba di India. 

Bagaimanapun, polis dan pegawai kesihatan masih belum dapat mengesahkan sama ada kesemua mangsa itu meninggal dunia akibat cuaca panas ekstrem. 

Seorang pegawai kanan polis berkata, mereka menemui mayat seorang lelaki berusia 55 tahun di sebuah taman permainan kanak-kanak berhampiran India Gate kelmarin. 

“Mayat itu akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian,” tambahnya. 

Pusat Pembangunan Holistik yang juga kumpulan bukan kerajaan (NGO) mendakwa bahawa gelombang panas telah membunuh 192 gelandangan di Delhi dari 11 hingga 19 Jun lalu. 

Hospital di ibu negara itu turut melaporkan peningkatan mendadak kes strok haba dan beberapa kematian dua hari lalu. 

Sementara itu, New Delhi merekodkan suhu tinggi 43.6 darjah Celsius yang melebihi paras biasa manakala suhu malam pula mencecah 35.2 darjah Celsius. 

Ia merupakan suhu tertinggi di bandar raya itu sejak 1969, menurut pejabat Meteorologi tempatan kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI