fbpx

Ibu bapa dapat hadiah jika ambil kad laporan pelajar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan hadiah berisi sayur-sayuran, tempe dan tahu. - TikTok @madevinee

JAKARTA –  Perbuatan seorang guru di Indonesia yang memberi hadiah kepada ibu bapa atau penjaga semasa mereka mengambil kad laporan prestasi anak masing-masing mengundang perhatian orang ramai, lapor akhbar Merdeka.com semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @madevinee, hadiah berisi sayuran dan tauhu serta tempe itu telah disusun rapi di atas meja. 

Meskipun hadiah itu tidak mewah, namun ia bermanfaat buat mereka. 

“Selain pelajar dan guru, sebenarnya ibu bapa atau penjaga juga perlu diberikan hadiah kerana proses pembelajaran itu bukan dari kami sahaja, malah pelajar memerlukan dorongan mereka juga,” kata guru tersebut. 

Selepas diberitahu mengenai perkembangan akademik dan sahsiah anak, mereka kemudian diberikan hadiah itu. 

“Terbaik idea guru. Bukan hanya menerima, tetapi juga memberi,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Selain memberi hadiah kepada pelajar, saya juga akan beri kepada penjaga tetapi dalam bentuk sijil,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI