fbpx

Gadis Pontianak mati tercampak dari treadmill

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tingkap yang berada di belakang mangsa terbuka luas, menyebabkan dia tercampak keluar. – Istimewa

JAKARTA – Seorang gadis berusia 22 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari mesin senaman treadmill, menyebabkan dia tercampak keluar dari tingkap sebuah gimnasium yang sedang terbuka, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku di Kota Pontianak, wilayah Kalimantan Barat, Rabu lepas.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), mangsa yang dikenali sebagai FN bersama beberapa pelanggan lain dilihat sedang berlari di atas mesin senaman itu.

Kedudukan mesin-mesin treadmill di gimnasium tersebut juga berada dalam keadaan pelik iaitu membelakangi cermin.

Mangsa yang dipercayai keletihan tiba-tiba mengundur ke belakang mesin, menyebabkan kakinya tersandung pada  alatan itu.

Lebih malang, tingkap yang berada betul-betul di belakang mesin treadmill yang digunakan mangsa terbuka luas, membuatkan dia tercampak keluar ke tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pontianak, Komisioner Polis Antonius Trias Kuncorojati berkata, polis  sedang menyiasat kes luar biasa itu kerana treadmill diletakkan membelakangi tingkap.

“Posisi treadmill kebiasaannya menghadap tingkap, dan bukannya membelakangi tingkap,” katanya.

Tambah Antonius, jarak antara tingkap dan treadmill hanya 60 sentimeter dengan lebar tingkap adalah 90 sentimeter.

Selain itu katanya, dinding simen di bawah tingkap amat rendah iaitu sekitar 30 sentimeter. Ia memudahkan seseorang untuk terjatuh ketika menggunakan treadmill. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI