fbpx

Euro 2024: Tugas berliku menanti Croatia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODRIC perlu menampilkan permainan terbaiknya dalam aksi terakhir menentang Itali jika mahu menyelamatkan peluang Croatia. - AFP

HAMBURG – Keputusan seri 2-2 dengan Albania kelmarin meletakkan Croatia dalam situasi tersepit dan kini wajib menewaskan juara bertahan, Itali pada perlawanan terakhir, Selasa ini.

Kegagalan pada penyertaan kali ini pastinya menjadi penutup paling mengecewakan buat skuad emas Croatia kerana beberapa bintang utamanya seperti Luka Modric, Ivan Perisic dan Andrej Kramaric semakin dimamah usia.

Hadir selaku reputasi besar sebagai pasukan nombor tiga Piala Dunia 2022, pengendalinya, Zlatko Dalic juga bingung dengan pendekatan anak buahnya yang dilihat mudah berpuas hati ketika kedudukan masih lagi 2-1.

“Kami tidak beritahu kepada pemain untuk turun ke bawah, sebaliknya mahu mereka terus berikan tekanan dan menjaringkan gol ketiga. Ia sesuatu yang agak janggal dan semua itu adalah satu kesilapan.

“Kami tidak sepatutnya membenarkan Albania datang ke kawasan kami,” katanya.

Qazim Laci terlebih dahulu meletakkan Albania di depan, namun Croatia kembali bangkit untuk memperoleh dua gol menerusi Andrej Kramaric dan jaringan sendiri pemain lawan, Klaus Gjasula.

Bagaimanapun, ketika aksi berada pada masa tambahan, Gjasula segera menebus kesilapannya apabila menghasilkan gol penyamaan Albania.

“Ini adalah pertandingan berbeza dan ceritanya pasti berlainan. Kami tidak jangkakan ceritanya jadi sukar seperti ini, namun realitinya pemain kami juga makin sudah berusia,” jelas Dalic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI