fbpx

Euro 2024: Perancis mampu hidup tanpa Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE sudah turun menjalani latihan, namun tidak pasti sama ada diturunkan menentang Belanda awal pagi esok. - AFP

LEIPZIG – Penyerang Perancis, Kylian Mbappe masih belum pasti dapat diturunkan ataupun tidak menjelang aksi penting menentang Belanda pada saingan Kumpulan D Euro 2024 di Red Bull Arena Leipzig awal pagi esok.

Keadaan tersebut pastinya merunsingkan juara dua kali Eropah itu berhubung siapa yang akan dijadikan sandaran bagi mengetuai jentera serangan Les Bleus, seterusnya merobek pintu gol Belanda.

Bagaimanapun, pemain tengah Perancis, Adrien Rabiot menegaskan, pasukan itu memiliki ramai pemain berkaliber dan mengakui mereka tidak akan berdepan banyak masalah sekiranya Mbappe tidak dapat diturunkan nanti.

“Ia (kecederaan Mbappe) boleh dianggap sebagai tamparan untuk kami kerana dia adalah pemain yang sangat penting dan kapten pasukan. Keadaan ini boleh menjadi beban kepada kami tetapi saya percaya dengan kekuatan pasukan.

“Jika anda semua lihat bangku simpanan Perancis, ramai pemain berkaliber yang mampu mengisi kekosongan itu. Ketiadaan Mbappe satu kehilangan besar tetapi ia bukanlah penamat untuk kami,” katanya.

Terdahulu, Mbappe yang baru sahaja menyertai Real Madrid mengalami patah hidung selepas berlanggar dengan Kevin Danso ketika membantu Perancis menewaskan Austria 1-0 pada aksi sulung Euro 2024 Selasa lalu.

Difahamkan, bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu akan menjalani pemeriksaan lanjut dan dia mungkin dibenarkan untuk beraksi, namun perlu memakai topeng muka khas bagi melindungi kecederaan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI