DUSSELDORF – Pasukan Ukraine memastikan impian untuk mara ke pusingan 16 Euro 2024 terbaik menyala selepas merekodkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Slovakia pada aksi Kumpulan E sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, pasukan Slovakia dikendalian oleh Francesco Calzona dilihat berjaya melakukan beberapa siri percubaan tepat ke kubu lawan hasil percubaan Ivan Schranz dan Lukas Haraslin.
Tekanan yang diberikan oleh Slovakia akhirnya membuahkan hasil apabila Schranz memecah kebuntuan pada minit ke-17 selepas menerima antaran rakan penyerangnya, Haraslin.
Tersentak dengan gol tersebut, Ukraine memperkemaskan jentera serangan dan hamper berjaya menjaringkan gol tetapi percubaan Andriy Yarmolenko pada minit ke-33 sekadar menggegar palang.
Bersambung pada babak kedua, Ukraine terus mengasak dan tidak menunggu lama untuk meraih gol penyamaan hasil penyudah Mykola Sharapenko selepas menerima umpanan Oleksandr Zinchenko pada minit ke-54.
Jaringan tersebut menaikkan semangat Ukraine untuk mencari gol penyamaan dengan melakukan akan bertali arus ke kubu Slovakia.
Gol kemenangan Ukraine akhirnya tiba pada minit ke-80 menerusi penyudah pemain gantian, Roman Yaremchuk selepas menyudahkan hantaran bijak Sharapenko.
Slovakia berusaha untuk bangkit dengan mencuri sekurang-kurangnya satu mata tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE