fbpx

Euro 2024 : Denmark sekat hajat England layak awal ke pusingan kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN tengah Denmark, Morten Hjulmand meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol penyamaan bersama rakan sepasukannya. -AFP

FRANKFURT – Hajat pasukan England untuk melangkah ke pusingan kalah mati lebih awal pada saingan Euro 2024 tidak berhasil apabila hanya sekadar seri 1-1 ketika berdepan Denmark, sebentar tadi.

Pada aksi Kumpulan C di Frankfurt Arena tersebut, kedua-dua pasukan turun dengan aksi cukup agresif terutama untuk mencari kemenangan bagi membolehkan mereka menempah tiket lebih awal ke pusingan kalah mati.

England yang meraih tonik terbaik selepas mengatasi Serbia 1-0 pada perlawanan pembukaan lalu, sekali lagi membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan Bukayo Saka, Harry Kane, Phil Foden dan Jude Bellingham untuk mengetuai jentera serangan.

HARRY Kane meraikan kejayaan bersama pemain pertahanan England, Kieran Trippier selepas berjaya meledak gol pembukaan. -AFP

Hasilnya, skuad Three Lions kendalian Gareth Southgate terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi jaringan cantik penyerang sensasinya, Kane pada minit ke-18 selepas bijak menyudahkan hantaran Kyle Walker.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Denmark kembali mengemaskan jentera serangan dan berjaya meraih gol penyamaan hasil rembatan deras Morten Hjulmand luar kotak penalti pada minit ke-34.

Bersambung pada babak kedua, perlawanan dilihat seimbang selepas kedua-dua pasukan memperkemaskan barisan pertahanan namun England tidak mengendurkan serangan mereka selepas melakukan beberapa percubaan berbahaya ke pintu gol Denmark.

Pemain sayap England, Phil Foden hampir membuka gol kedua buat skuad Three Lions, namun percubaan pada minit ke-55 itu sekadar menemui tiang gol.

Biarpun England membawa masuk Jarrod Bowen, Ollie Watkins, Eberechi Eze, namun pasukan itu masih gagal untuk mencari gol penyamaan dan keputusan 1-1 kekal sehingga ke wisel penamat.

Selepas dua perlawanan, England mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas dengan mengumpul empat mata manakala Denmark an Slovenia terikat dua mata dan Serbia tangga keempat dengan satu mata. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI