fbpx

Enam cedera bas ekspres jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas ekspres yang terbabas sebelum jatuh ke gaung sedalam 50 meter di Batu 9, Jalan Silam, Lahad Datu malam tadi.

LAHAD DATU – Enam penumpang termasuk pemandu cedera selepas sebuah bas ekspres terbabas sebelum jatuh ke gaung sedalam 50 meter di Batu 9, Jalan Silam, malam tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.24 malam sebelum sepasukan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan, kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang hilang kawalan lalu jatuh ke gaung sedalam 50 meter.

Bomba mengangkat mangsa yang cedera dalam kejadian bas ekspres terbabas sebelum jatuh ke gaung di Batu 9, Jalan Silam, Lahad Datu malam tadi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati seramai 13 penumpang termasuk dua pelancong asing sudah keluar sendiri dari bas terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, terdapat enam mangsa termasuk pemandu berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa cedera kemudian dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI