SINGAPURA – Beberapa buah kedai di Singapura menjual durian ‘elit’ pada harga antara S$48 (RM167) hingga RM58 (RM201) untuk satu kilogram, lapor portal berita asiaone semalam.
Durian yang dijual pada harga tersebut adalah daripada jenis Emas Hitam dan Beserah, juga dikenali sebagai D145, lapor akhbar Shin Min Daily News.
Berikutan musim durian yang semakin rancak, varieti durian yang kurang dikenali turut muncul di gerai-gerai di seluruh Singapura .
Dalam pada itu, di Jalan Trengganu, Chinatown, seorang penjual telah membawa masuk durian Tupai King (Raja Tupai).
Ia didakwa sebagai varieti istimewa yang jarang ditanam.
Pokok yang mengeluarkan buah itu didakwa berusia berabad-abad lamanya dan dijual pada harga $58 sekilogram.
Durian yang ditanam pada pokok yang lebih tua dikatakan mempunyai rasa yang lebih unik dan kompleks.
Kebanyakan pelanggan yang membeli Tupai King adalah pelancong, kata seorang penjual. – AGENSI