fbpx

Copa America: Lionel Messi bantu Argentina ‘langkah kanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lionel Messi mencipta dua peluang jaringan yang berjaya disudahkan oleh jentera serangan Argentina pada aksi pertama Copa America sebentar tadi.

ATLANTA – Juara bertahan, Argentina tidak mempunyai masalah untuk memulakan kempen Copa America 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan Kanada 2-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad La Albiceleste membariskan kesebelasan terbaik dengan kapten, Lionel Messi serta Julian Alvarez dan Angel Di Maria mengetuai jentera serangan.

Argentina dilihat tidak mempunyai masalah untuk mendominasi sebahagian besar babak pertama tetapi gagal memecah kebuntuan apabila mensia-siakan banyak peluang terhidang.

Bersambung pada babak kedua, Argentina tampil lebih garang apabila Alvarez berjaya meledak gol pertama pada minit ke-49 selepas menerima hantaran Messi.

Messi sekali lagi menjadi ‘arkitek’ Argentina apabila membuat umpanan kepada pemain gantian, Lautaro Martinez untuk jaringan kedua pada minit ke-88. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI