fbpx

Budak lelaki terkunci 20 minit dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terkunci di dalam kereta di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Bundusan, petang semalam.

PENAMPANG – Sepasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun akibat terkunci di dalam kereta dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Bundusan, di sini petang semalam.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.30 petang dan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun didapati terkunci di dalam kereta jenis Proton Saga. Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta terkunci menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, pintu kereta kemudiannya berjaya dibuka dan kanak-kanak lelaki dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI