fbpx

Briged Tengah PGA rekod RM160 juta nilai rampasan sepanjang 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakemal (kanan) menerima tongkat kuasa daripada Zulkifli (kiri) disaksikan Mohamad Suzrin pada Majlis Serah Terima Tugas Komander Briged Tengah baharu di Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Sepanjang dua tahun pimpinan Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit sebagai Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah sejak April 2022, pasukannya berjaya merekodkan hasil kerja terbaik dengan nilai rampasan sebanyak RM160 juta dan tangkapan seramai 1,948 orang.

Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA), Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, hasil komitmen dan usaha gigih Zulkifli, beliau telah membawa banyak perubahan dalam mempamerkan kejayaan dari segi memantapkan PGA khususnya Briged Tengah.

“Saya amat berbangga serta berbesar hati dengan perkhidmatan cemerlang yang dipamerkan oleh Zulkifli sepanjag beliau menerajui Bridge Tengah,” katanya ketika berucap di Majlis Serah Terima Tugas Komander Briged Tengah di sini, hari ini.

Katanya, kejayaan rampasan yang berjaya dilakukan oleh pasukan di bawah kendalian Zulkifli adalah meliputi pelbagai kesalahan seperti Akta Kawalan Bekalan, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, Atipsom dan Akta Dadah Berbahaya.

“Briged Tengah juga telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila banyak perancangan perolehan dan peruntukan perbelanjaan digunakan dengan berhemah dan berkualiti.

“Zulkifli telah memberi perkhidmatan dan keselesaan yang baik kepada semua pegawai dan anggota serta penghuni di Briged Tengah,” jelasnya.

Terdahulu, Senior Asisten Komisioner, Hakemal Hawari dilantik sebagai Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Zulkifli yang bakal bersara wajib minggu ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI