fbpx

Bersatu serah notis kekosongan kerusi DUN Selat Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin menunjukkan notis kekosongan itu di hadapan Pejabat Speaker DUN Selangor, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan notis kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang kepada Pejabat Speaker DUN Selangor di sini, hari ini.

Notis bertulis itu diserahkan Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada Speaker DUN Selangor, Lau Weng San, kira-kira pukul 3 petang.

Mohamed Azmin yang juga Ketua Pembangkang negeri berkata, notis melibatkan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari itu dibuat mengikut Perkara LXVA Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Jelas ADUN Hulu Kelang itu, Speaker DUN perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaam notis bertulis tersebut.

“Mengikut peruntukan Perkara LXVA, kerusi seseorang yang terhenti menjadi ahli Dewan Negeri perlu kosong sebaik tarikh kekosongan dipastikan oleh Speaker Dewan jika tidak lagi menjadi anggota parti politik itu.

“Dalam hal ini, saya memaklumkan kepada Speaker bahawa status Abdul Rashid yang bukan lagi ahli Bersatu menjadikan beliau terhenti menjadi ADUN Selat Klang dan kerusi DUN hendaklah dikosongkan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Wisma DUN Selangor petang ini.

Terdahulu, beliau dan ADUN Sungai Ramal, Mohd. Shafie Ngah menghadiri pertemuan dengan Weng San selama 30 minit untuk penyerahan notis itu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI