fbpx

Bekas pengarah syarikat didakwa guna dokumen palsu kepada Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Asyraf ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah syarikat membaiki barang elektrik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pemalsuan dokumen terhadap Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berhubung subsidi upah bernilai lebih RM85,000.

Bagaimanapun tertuduh Muhammad Asyraf Rizal, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Asyraf didakwa menggunakan satu dokumen iaitu borang permohonan program subsidi upah atas nama sebuah syarikat berjumlah RM88,200 di mana tertuduh tahu bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bahagian Insurans Pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Putrajaya pada 16 Jun 2020.

Justeru pertuduhan dikemukakan Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rais Adha Ramli menawarkan jaminan sebanyak RM80,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu hadir di Pejabat SPRM di Johor Bahru sebulan sekali sehingga kes selesai.

Bagaimanapun peguam Siti Nabila Hamzah yang mewakili Muhammad Asyraf memohon jaminan rendah dengan anak guamnya penanggung utama keluarga yang kini bekerja di Singapura selain menanggung kos perubatan datuk dan neneknya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Azrul membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Tarikh 2 Ogos ini ditetapkan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI