fbpx

Bas ekspres terjunam ke dalam gaung di Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas ekspres selepas terjunam ke dalam gaung di Jalan Silam, Lahad Datu malam tadi.

LAHAD DATU – Sebuah bas ekspres terbabas dan kemudiannya terjunam ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.24 malam tadi.

Susulan itu katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bergerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu.

Bagaimanapun, setakat ini operasi menyelamat masih dijalankan dan jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI