fbpx

Anugerah KPM-MSSM-MILO iktiraf kecemerlangan sukan remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hafizan dan Nur Afrina Batrisyia, masing-masing merupakan penerima Anugerah Putera Sukan dan Puteri Sukan KPM-MSSM-MILO 2023.

PETALING JAYA – Milo meneruskan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) untuk mengiktiraf ahli sukan berbakat dalam Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2023.

Anugerah ini merupakan sumbangan Milo untuk salah satu acara sukan sekolah terbesar di Malaysia yang ke-55 tahun.

Ia bukan sahaja memberi manfaat dari segi fizikal, tetapi juga memupuk nilai-nilai penting dan mendorong impian atlet pelajar di peringkat akar umbi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Pengurus Pemasaran Sukan Milo, Nestle Malaysia Berhad, Lim Ker Win berkata, anugerah berkenaan adalah salah satu daripada misi penting pihaknya untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan anak muda yang akan memperkasakan mereka untuk mengejar kecemerlangan.

“Pengiktirafan ini hanyalah sebagai permulaan, kami teruja untuk melihat bagaimana mereka akan terus berkembang sebagai individu dan juga atlet di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Kami turut menyanjung tinggi kesungguhan dan sokongan luar biasa daripada ibu bapa, jurulatih dan guru,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pemenang Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO berpotensi untuk mewakili Malaysia dalam acara antarabangsa berprestij seperti bekas pemain skuasy negara, Datuk Nicol David dan pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang pernah memenangi anugerah sama.

Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2023 dimenangi oleh Muhammad Hafizan Mansor dan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal, yang mana masing-masing menerima Anugerah Putera Sukan dan Anugerah Puteri Sukan.

Anugerah itu turut memberi penghormatan kepada empat jurulatih profesional, pelatih dan guru yang memainkan peranan penting dalam mencungkil dan membangunkan bakat muda. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI