fbpx

Agrobank kongsi rezeki sempena sambutan Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan melapah daging pada Program Korban Perdana Agrobank 2024.

PETALING JAYA – Agrobank menyantuni komuniti Islam di seluruh negara dengan manaja ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, melibatkan peruntukan hampir RM75,000 dengan hasil korban diagihkan menerusi cawangannya di setiap wilayah.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Program Korban Perdana Agrobank 2024 membawa sedikit kelainan terutamanya di cawangan Tanjung Karang, yang mana pihak pengurusan sendiri telah bersepakat menyumbang hasil kutipan serta turut serta dalam acara korban yang melibatkan penyembelihan dua ekor lembu.

“Sebagai salah satu aktiviti tahunan Agrobank, kami mahu memberikan lebih makna disebalik sambutan Aidiladha dengan berkongsi rezeki serta menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Program Korban Perdana 2024 ini juga merupakan manifestasi terhadap tanggungjawab sosial korporat kami.

“Agrobank sentiasa prihatin dan peka terhadap keperluan dan kebajikan masyarakat, dan kami komited dalam menyumbang kepada pembangunan kelestarian dan kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI