PETALING JAYA – AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) akan melancarkan Jualan Gudang BiG (The BiG Warehouse Sale) buat julung kalinya dari 28 hingga 30 Jun ini di Sinotrans Logistics, Mapletree, Shah Alam.
Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, berkata, ia menawarkan diskaun sehingga 90 peratus bagi pelbagai produk antaranya barangan runcit, elektronik, perkakas rumah dan pakaian.
Jelau beliau, ia sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya dengan menawarkan penjimatan terbaik.
“Kami turut menawarkan produk-produk terlaris seperti jenama Sharp, LG, Samsung, Kleenex, Munchy’s dan banyak lagi.
“Di AEON BiG, kami komited menawarkan nilai terbaik dan pengalaman membeli-belah yang seronok untuk pelanggan kami yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu Ketua Jabatan, Barang Dagangan AEON BiG, Soo Huey Jiuan, turut menggesa supaya orang ramai merebut tawaran tiga hari tersebut.
“Tawaran di Jualan Gudang BiG sangat luar biasa dengan stok yang terhad. Saya gesa anda untuk tiba awal dan rebutlah tawaran ini sebaik mungkin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.