fbpx

Waris mangsa mahu Boeing didenda hampir RM117 billion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT Boeing 737 MAX 8 milik Air Canada mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson pada 13 Mac 2019. – AFP

WASHINGTON –  Waris mangsa nahas 737 MAX meminta pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mendenda Boeing sehingga AS$24.8 bilion(RM116.8 bilion) dan meneruskan pendakwaan jenayah.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas Ketua Pegawai Eksekutif, Dave Calhoun mengaku bahawa Boeing berdepan isu keselamatan serius dan memberi jaminan kepada panel Kongres bahawa pihaknya mencapai kemajuan dalam menangani masalah tersebut.

Duduk di belakangnya adalah waris mangsa nahas Boeing 737 MAX 8 pada 2018 dan 2019.

“Oleh kerana jenayah Boeing adalah jenayah korporat paling berdarah dalam sejarah AS, denda maksimum lebih AS$24 bilion adalah wajar di sisi undang-undang,” kata peguam mewakili mereka, Paul Cassell dalam suratnya kepada Jabatan Kehakiman AS.

Dokumen  setebal 32 muka surat itu menyatakan kewajaran di sebalik jumlah yang diminta. Menurutnya, Boeing ‘harus dikenakan denda  maksimum AS$24,780,000,000(RM116,737,257,582) dengan AS$14,000,000,000 (RM65,955,172,493) hingga AS$22,000,0000,000(RM103,642,946,286) daripada denda itu digantung dengan syarat Boeing menyalurkan dana berkenaan kepada badan pemantau korporat bebas.

Badan itu kata Cassell, akan memantau penambahbaikan serta pelaksanaan program keselamatan yang perlu dilakukan oleh Boeing.

“Lembaga Pengarah Boeing juga harus diarahkan untuk bertemu waris mangsa,” tambahnya.”

Kata Cassell, waris mangsa sepakat bahawa kerajaan perlu segera ‘melancarkan pendakwaan jenayah terhadap pegawai Boeing yang bertanggung jawab pada masa kedua-dua kemalangan itu berlaku’.

Kes tersebut berkaitan nahas pada 2018 dan 2019 di Indonesia dan Ethiopia yang secara keseluruhan meragut sebanyak 346 nyawa. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI