fbpx

Wanita maut SUV terbabas di WCE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan SUV yang remuk dalam kemalangan di KM 288 WCE awal pagi tadi. BOMBA

LUMUT – Seorang wanita maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer (km) 288 arah utara Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dekat Ayer Tawar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 pagi itu, wanita berusia 50 tahun yang memandu Proton X50 seorang diri maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian tubuhnya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.37 pagi.

“Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar tiba di lokasi kejadian sejauh enam km itu, tujuh minit kemudian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba, didapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan pihaknya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan wanita malang itu.

Jelas beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang berada di situ dan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dengan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2.35 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI