fbpx

[VIDEO] Jemaah haji meninggal tepi jalan, atas kerusi roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan jenazah jemaah haji terbiar di tepi jalan.

PETALING JAYA – Selepas selesai ibadah haji di Tanah Suci Mekah beberapa video tular mengenai keadaan mayat jemaah yang meninggal dunia di tepi jalan dipercayai selepas wukuf baru-baru ini.

Lebih menyayat hati, mayat itu dibiarkan dipercayai beberapa jam dengan keadaan berpakaian masih dalam ihram di tepi jalan dan berada atas kerusi roda.

Jenazah mereka ditutupi kain putih pada muka dan kaki dipercayai kerana strok haba yang melanda negara itu sehingga suhu tertinggi 45 darjah Celsius ketika wukuf.

Selain itu, terdapat sebuah video yang dirakam sendiri oleh jemaah dari Malaysia menunjukkan situasi beberapa jenazah yang terbiar di tepi jalan menuju ke Jamrah Al-Aqabah.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, ada pihak mendakwa jenazah tersebut tidak diuruskan segera kerana mengerjakan haji tanpa mengikut agensi berdaftar.

Dalam pada itu, orang ramai turut berharap agar jenazah jemaah yang meninggal dunia di Tanah Suci dapat diuruskan dengan segera.

“Mungkin yang meninggal ini pergi sendirian tanpa ada pendamping keluarga. Jadi, tidak ada yang tunggu agau uruskan jenazah mereka. Semoga husnul khatimah buat mereka,” kata Ghyzul.

“Bukan senang uruskan jemaah haji yang ramai, bagi yang pernah ke sana mesti tahu,” kata Zainal.

“Fikir positif mungkin petugas kesihatan Arab Saudi belum mengambil para jenazah, orang yang bawa telefon lebih cepat kongsi keadaan di sana,” kata Yunus.

Terdahulu, dilaporkan jumlah kematian jemaah haji meningkat kepada lebih 900 orang ketika cuaca panas ekstrem berterusan melanda Arab Saudi, lapor laman berita TRT World semalam.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi memberi amaran kepada semua jemaah berhubung jangkaan suhu panas yang diramal meningkat sehingga mencecah 44 darjah Celsius pada musim haji tahun ini, lapor laman berita Al Arabiya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI