fbpx

UEM Edgenta disenarai dalam terbitan sulung Fortune Asia Tenggara 500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UEM Edgenta merupakan salah satu daripada 89 syarikat tempatan yang tersenarai dalam Fortune Asia Tenggara 500.

PETALING JAYA – UEM Edgenta Berhad menjadi salah satu daripada lima syarikat di rantau ini dalam kategori industri Perkhidmatan Penyumberan Luar Terpelbagai (Diversified Outsourcing Services) yang tersenarai dalam terbitan julung kali Fortune Asia Tenggara 500.

Penyenaraian itu sekali gus menonjolkan pertumbuhan dan sumbangan ketara syarikat di rantau ini.

Julat pendapatan untuk kelayakan penyenaraian adalah AS$460.8 juta (RM2.169 bilion), yang mana diantara 89 syarikat Malaysia yang disenaraikan, UEM Edgenta berada pada tempat ke-65 berdasarkan hasil, serta tempat ke-72 dan ke-74 masing-masing berdasarkan aset dan keuntungan.

Pengarah Urusan UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata, dengan pengiktirafan ini, syarikat telah menyertai kumpulan elit yang diiktiraf di bawah francais Fortune 500 yang merangkumi Fortune 500, Fortune Global 500, Fortune Europe 500 dan Fortune China 500.

“Pengiktirafan ini merupakan pengesahan penting bagi kedudukan kami sebagai peneraju pengurusan aset serantau dan pemain penyelesaian insfrastruktur.

“Kejayaan pelaksanaan strategi pertumbuhan serantau kami berpaksikan kepada kualiti dan penyampaian perkhidmatan yang diiktiraf di peringkat global, dilengkapi pendekatan pelaburan berdisiplin melalui strategi pelbagai rakan kongsi.

“Ia turut menekankan komitmen kami dalam menyampaikan nilai jangka panjang untuk pemegang saham, sekaligus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI