fbpx

Tidak jumpa pun tidak apa – White House

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netanyahu mengeluarkan video yang mengkritik pentadbiran Biden. – Getty Images

WASHINGTON  – White House membatalkan mesyuarat yang dijadualkan hari ini antara pegawai tinggi Amerika Syarikat (AS) dengan Israel selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengecam Washington menerusi ucapan televisyen, lapor laman berita The New Arab.

Dalam ucapan tersebut, Netanyahu mendakwa bahawa Washington menahan bantuan ketenteraan penting yang diperlukan Rejim Zionis untuk menyelesaikan pencerobohan di Gaza.

Memetik dua pegawai AS, laman berita Axios melaporkan, pertemuan AS-Israel dibatalkan selepas Netanyahu mengeluarkan video yang mengkritik pentadbiran Biden.

Dia menuduh tindakan itu sebagai memperlahankan serangan di Rafah yang ketika ini memburukkan lagi krisis kemanusiaan dihadapi rakyat Palestin.

Video itu dilaporkan menimbulkan kemarahan penasihat tertinggi Presiden Joe Biden.

“Keputusan ini menjelaskan bahawa terdapat akibat bagi tindakan seperti itu,” kata seorang pegawai AS kepada Axios.

“Orang Amerika marah. Video Bibi  mengakibatkan banyak kesan buruk,” kata seorang pegawai kanan Israel sambil menggunakan nama panggilan popular untuk Netanyahu.

Dalam video pendek yang disiarkan, Netanyahu bercakap secara langsung  melontarkan kritikan tajam terhadap Biden berhubung ‘kesesakan’ dalam proses pemindahan senjata.

“Tidak dapat dibayangkan bahawa dalam beberapa bulan lalu, pentadbiran (Biden) telah menahan senjata dan peluru kepada Israel. Beri kami peralatan (senjata) dan kami akan menyelesaikan kerja (menyerang Gaza) dengan lebih cepat,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI