fbpx

Tiada sekolah terkecuali peraturan DLP – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina

SEBERANG PERAI – Semua sekolah perlu mematuhi garis panduan ditetapkan berhubung pengendalian Program Dwibahasa (DLP) bagi subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, tidak ada sekolah kerajaan mahupun berasrama penuh yang terkecuali daripada peraturan itu.

Menurutnya, pelaksanaan DLP mesti mematuhi dasar ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)’ tanpa mengabaikan hak pelajar untuk belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia atau bahasa ibunda mereka di sekolah vernakular.

“Semua dah minta kita pertegaskan, (sekolah) kena pakai dan rujuk garis panduan malah tidak ada sebarang masalah timbul setakat ini.

“Mana-mana sekolah yang ada masalah dengan pelaksanaan garis panduan itu, kita akan turun dan bantu sekolah tersebut untuk melaksanakannya.

“Garis panduan ini terpakai untuk semua sekolah. Sekolah kerajaan termasuk berasrama penuh juga kena rujuk dan melaksanakannya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas komen Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim yang menyatakan sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah dikecualikan daripada peraturan baharu DLP.

Terdahulu, Fadhlina menghadiri majlis peluncuran Sekolah Pengajar Program Sahabat Bahasa Institut Pendidikan Guru Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI