fbpx

Terasa bahagian depan van terangkat – Pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurhafizah

JOHOR BAHRU – Pemandu van sekolah yang melanggar seorang murid pra sekolah di Jalan Suria, Bandar Seri Alam di sini memaklumkan dia berasa bahagian hadapan terangkat ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pemandu van yang berusia 50 tahun itu bagaimanapun terkejut selepas mendapat dia telah melanggar mangsa berusia 5 tahun.

Tambah Mohd. Sohaimi, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.35 pagi semalam iaitu apabila van sekolah berkenaan tiba dihadapan rumah kediaman mangsa iaitu Nurhafizah Nuljin, 5, dan abangnya, Muhammad Afieq Miqhael, 6.

“Selepas menurunkan dua beradik itu, pemandu melihat abang mangsa turun dan melintasi bahagian belakang van sekolah sekaligus beranggapan mangsa turut mengikutinya sebelum bertindak meneruskan perjalanan.

“Namun apabila pemandu van menggerakkan kenderaan, baharu dia sedar telah melanggar mangsa yang melintasi bahagian depan van sekolah terbabit tanpa disedari,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan juga mendapati kanak-kanak tersebut tidak diseret seperti didakwa dan mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan (KKM) Masai sebelum disahkan telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, pemandu wanita tersebut bagaimanapun dibebaskan pagi tadi selepas keterangannya diambil dan siasatan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod saman trafik, manakala perkhidmatan van sekolah yang dijalankan beroperasi secara sah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI