fbpx

Suami curang, isteri kena belasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah hotel.

PORT DICKSON – Polis mengesahkan ada menerima laporan daripada seorang wanita yang videonya tular dipukul suaminya di sebuah premis hotel di daerah ini sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya telah mengesan video tular berdurasi 31 saat di Facebook pemilik Wa Fans yang memaparkan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah bangunan hotel.

Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian berlaku pada 24 Mei lalu kira-kira pukul 9.50 pagi melibatkan sepasang suami isteri.

“Punca kejadian dipercayai suaminya telah berlaku curang. Akibat daripada kejadian ini, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Aidi Sham menasihatkan orang awam supaya tidak menviralkan isu berkenaan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis dan mendatangkan kegusaran awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI