fbpx

Sindrom Kejutan Toksik Streptokokus: KKM dapatkan input WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly berucap pada pelancaran myBRP@CKAPS di sini hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan input daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung situasi Sindrom Kejutan Toksik Streptokokus (STSS) yang melanda Jepun.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, maklumat berkenaan penting supaya Malaysia dapat mengambil langkah kawalan pencegahan awal mengenai jangkitan itu.

“Kita belum dapat apa-apa maklumat atau perkembangan, tapi kita memerlukan input daripada WHO, itu sangat mustahak.

“Dengan maklumat yang diterima, seterusnya kita dapat mengambil langkah untuk kawalan. Buat masa ini, ia belum sampai ke CPRC (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis) atau ke bahagian jangkitan kita,” katanya menerusi sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran myBRP@CKAPS di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Jepun yang mencatatkan kes STSS melebihi 1,000 pada tahun 2024 seperti dilapor Xinhua yang memetik Institut Alergi Penyakit Berjangkit Nasional (NIAID), Selasa lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI