fbpx

Seremban dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAWASAN Kampung Blok C, Ampangan, Seremban antara kawasan terjejas banjir kilat susulan hujan lebat yang berlaku sejak awal pagi tadi

SEREMBAN – Hujan lebat berterusan melebihi tiga jam sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa lokasi di daerah ini dinaiki air yang turut mengakibatkan banjir kilat.

Kawasan yang terlibat antaranya Kampung Blok C, Kampung Ismail di Ampangan, Jalan Rahang dan Kampung Paroi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Seremban, Kapten (PA) Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran berkata, hujan lebat berterusan sejak jam 6.30 pagi tadi telah mengakibatkan lokasi berkenaan dinaiki air.

“Setelah maklumat diterima, tiga pasukan telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja pemantauan dan tindakan. Setiba dilokasi, keadaan masih lagi hujan dan paras air dalam keadaan bahaya.

“Terdapat dua buah kereta tersangkut dalam banjir di lokasi di Jalan Rahang bagaimanapun mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat, ” katanya ketika dihubungi.

Kata beliau, setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan operasi ketika ini lebih kepada pemantauan dan menyelamat.

“Laporan akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI